Ahad, 26 Februari 2012


TERKINI: Penjelasan Dr Badrulamin berhubung dakwaan berkhalwat dengan isteri orang 

Ahad, 26 Februari 2012 01:16 

HELME HANAFI

Pemimpin PKR, Dr Badrulamin Bahron yang kecoh kena tangkap khalwat dengan isteri orang pada Sabtu mengeluarkan satu kenyataan media awal pagi Ahad. Dalam kenyataan tersebut Badrul menafikan kena tangkap khalwat dengan pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Sebaliknya, mendakwa diserbu dan dipukul di hotel penginapannya oleh suami perempuan tersebut bersama-sama dengan 20 orang yang tidak dikenalinya dan kemudian baru pegawai JAIP datang.
Menurut Badrul, beliau mengenali wanita tersebut lebih setahun yang lalu semasa membawa rombongan umrah.
Kami siarkan kenyataan penuh Dr Badrulamin seperti dibawah ini. -26/2/2012
Penjelasan Dr Badrulamin Bahron.
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron


Sabtu, 25 Februari 2012

WEDNESDAY, FEBRUARY 22, 2012
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak cadangan pembangkang supaya beliau mengatur perbahasan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan tiada keperluan untuk itu.
Beliau berkata pakatan pembangkang sengaja mewujudkan provokasi berdasarkan perbahasan yang diadakan sebelum ini bagi mempolitikkan usaha kerajaan dan kemudian membuat fitnah terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak nampak sebarang keperluan untuk debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar tetapi sekiranya Anwar mahu berdebat, saya boleh mengaturkan untuk beliau berbahas dengan bekas pembantunya sendiri iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan," katanya dalam satu temu bual yang disiarkan Umno-Online hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang memintanya mengatur perbahasan antara Perdana Menteri dengan Anwar.
"Apa yang mahu didebatkan antara Perdana Menteri dengan Anwar kerana pembangkang hanya akan menjadikan ia sebagai medan politik semata-mata dan bukannya membincangkan apa yang patut dibicarakan. Pakatan pembangkang sendiri tidak mempunyai tujuan atau sebab munasabah sehingga debat perlu diwujudkan," katanya.
Dalam temu bual itu, Tengku Adnan turut mengulas perbahasan antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Sabtu lepas, yang menurutnya dibuat bagi membincangkan permasalahan dalam masyarakat Cina di negara ini.
Tengku Adnan berkata perbahasan antara Dr Chua dan Lim itu juga telah membolehkan orang ramai menilai sandiwara pembangkang yang gemar mempolitikkan isu tertentu dan menyimpang daripada landasan perbincangan. 
BERNAMA

TUESDAY, FEBRUARY 21, 2012
 Anwar Ibrahim mendakwa Umno sengaja melaga-lagakan hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mensensasikan kenyataan kontroversinya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel.
Menurut Ketua Pembangkang itu, Umno menggunakan media arus perdana untuk menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan penyokong PAS dan umat Islam terhadapnya.
"Mereka hentam Anwar besar-besar dan sekarang mereka nak laga-lagkan saya dengan Tok Guru Nik (Abdul) Aziz.
"Mereja nak laga-lagakan saya buat apa? Saya pergi ke Johor, ada kain rentang tulis kononnya Anwar tak sokong Nik Aziz. Pemuda Umno kata begitu," katanya di sini Isnin malam.
Beliau berkata demikan dihadapan kira-kira 1,500 penyokong pembangkang pada ceramah penjelasan isu Israel-Palestin di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, di sini.
Baru-baru ini Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menggesa Anwar menarik balik kenyataan menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan Israel dalam The Wall Street Journal (WSJ) atau mengambil tindakan undang-undang.
Bagaiman Anwar sekali lagi menegaskan pendiriannya berhubung isu Israel-Palestin adalah selari dengan suara rakyat Palestin mutakhir ini melalui Hamas dan Fatah dengan syarat tentera Israel perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.
"Pendirian saya selari dengan pendirian Hamas dan Fatah. Kalau nak iktiraf Israel, saya katakan prasyaratnya berat. Adakah Israel nak undur, nak serah Baitulmuqaddis?
"Kalau tidak, tak boleh ada hubungan (dengan Israel)," katanya.
POSTED BY LAWYER GARANG AT 6:10 PM
TUESDAY, FEBRUARY 21, 2012





Anwar Ibrahim mendakwa Umno sengaja melaga-lagakan hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mensensasikan kenyataan kontroversinya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel.
Menurut Ketua Pembangkang itu, Umno menggunakan media arus perdana untuk menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan penyokong PAS dan umat Islam terhadapnya.
"Mereka hentam Anwar besar-besar dan sekarang mereka nak laga-lagkan saya dengan Tok Guru Nik (Abdul) Aziz.
"Mereja nak laga-lagakan saya buat apa? Saya pergi ke Johor, ada kain rentang tulis kononnya Anwar tak sokong Nik Aziz. Pemuda Umno kata begitu," katanya di sini Isnin malam.
Beliau berkata demikan dihadapan kira-kira 1,500 penyokong pembangkang pada ceramah penjelasan isu Israel-Palestin di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, di sini.
Baru-baru ini Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menggesa Anwar menarik balik kenyataan menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan Israel dalam The Wall Street Journal (WSJ) atau mengambil tindakan undang-undang.
Bagaiman Anwar sekali lagi menegaskan pendiriannya berhubung isu Israel-Palestin adalah selari dengan suara rakyat Palestin mutakhir ini melalui Hamas dan Fatah dengan syarat tentera Israel perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.
"Pendirian saya selari dengan pendirian Hamas dan Fatah. Kalau nak iktiraf Israel, saya katakan prasyaratnya berat. Adakah Israel nak undur, nak serah Baitulmuqaddis?
"Kalau tidak, tak boleh ada hubungan (dengan Israel)," katanya.
POSTED BY LAWYER GARANG AT 6:10 PM

Jumaat, 24 Februari 2012

Remaja dan kemandirian teknologi
Oleh Mohd. Farid bin Md. Alias
DENGAN penggunaan teknologi, manusia mampu merentasi sempadan upaya deria serta kudrat diri. Dalam kata lain, teknologi membantu manusia melaksanakan sesuatu kerja dengan lebih cekap, pantas dan berkesan.
Kebergantungan manusia terhadap teknologi dalam kehidupan seharian dilihat semakin bertambah sejajar dengan pengenalan teknologi terbaru. Baik komputer, telefon bimbit, mahupun kereta atau sebagainya merupakan antara teknologi yang tidak dapat dipisahkan dengan suasana hidup zaman moden hari ini.
Teknologi selamanya alat
Bersama teknologi juga datangnya maklumat melalui saluran media massa. Terdapat pelbagai maklumat yang kedapatan dari mana-mana sumber, yang kadang kala begitu sarat untuk ditapis, ditelan dan akhirnya dicerna.
Ada maklumat yang sahih, belum sahih dan tidak sahih. Ada yang relevan dan ada yang tidak. Semuanya memerlukan kebijaksanaan kita dalam mengurus penerimaan maklumat, menilainya secara kritis dan kemudian mengolahnya menurut pedoman akal dan wahyu Ilahi.
Obsesi terhadap teknologi kadang kala membuatkan manusia menganggap teknologi sebagai matlamat, lalu menjuruskan mereka ke arah kehidupan yang materialistik. Pembangunan teknologi menjadi agenda teras sedangkan pembangunan insani sering terpinggir.
Pemilikan teknologi dirasakan dapat membawakan perasaan lebih hebat, lebih tinggi berbanding orang lain, dan kemudiannya mencetuskan rasa ego serta rasa ingin menguasai insan lain, atau mungkin negara lain.
Namun, adakah benar penemuan dan pemilikan teknologi sebagai sesuatu yang ingin dibanggakan atau disalah gunakan untuk menindas yang lain, seperti mana yang dilakukan oleh negara yang menganggap dirinya Polis Dunia?
Justeru, teknologi perlu ditatang sebagai alat untuk mencapai sesuatu yang murni, sambil memelihara kemurnian yang sedia ada. Aspek budaya, bahasa, serta agama tidak seharusnya terhanyut akibat gelombang tsunami teknologi yang begitu deras.
Sebaliknya, aspek-aspek tersebut perlu menjadi penampan arus agar gelombang kemodenan yang melanda tidak menghanyutkan elemen tradisi yang tetap kekal relevan dalam kehidupan seharian.
Teknologi seharusnya membantu manusia mencapai sesuatu manfaat untuk dirinya, insan lain serta makhluk lain di dunia ini. Penggunaan teknologi yang mengabaikan hak orang lain atau makhluk lain tidak akan membolehkan manusia mencapai manfaat sebenar daripada teknologi tersebut.
Penggunaan teknologi untuk penerokaan hutan secara tidak terkawal umpamanya, bukan sahaja akan memusnahkan habitat semula jadi haiwan liar, tetapi juga sebenarnya merosakkan kawasan tadahan air, mengganggu struktur tanah dan sebagainya. Natijahnya, dapat kita lihat kini seperti kejadian tanah runtuh dan banjir.
Dari satu segi, teknologi tetap penting untuk dikuasai kerana bersama teknologi, kita mampu mencapai kemandirian ekonomi, politik, pertahanan, sumber asli dan sebagainya. Dengan adanya teknologi, pembangunan negara akan dapat bergerak seiring kepesatan keperluan penduduk yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Fikir teknologi fikir umat
Kecanggihan teknologi terkini bukan hanya perlu dimanfaatkan dalam konteks penggunaan produk siap sematamata. Pada masa yang sama rasa ingin tahu boleh dijana berkenaan bagaimana teknologi tersebut berfungsi serta asas ilmu sains yang digunakan.
Di samping itu, kita juga perlu berfikir tentang dari mana asal teknologi tersebut, adakah ia dibangunkan oleh umat Islam itu sendiri atau dari Barat. Tambahan lagi, adakah terdapat manamana peranan umat Islam dalam pembangunan teknologi tersebut, umpamanya penyelidikan atau pembuatan, atau mungkin tiada langsung?
Secara objektifnya, kita perlu mengakui bahawa kebanyakan teknologi yang diguna pakai hari ini datangnya dari Barat, bermula daripada proses penyelidikan, disusuli dengan pembuatan, dan kemudiannya pemasaran serta pengedaran. Dan kita sebagai umat Islam mungkin hanya banyak berperanan sebagai pengguna akhir kepada teknologi tersebut.
Melihat kepada perkara ini, kita perlu menginsafi bahawa secara keseluruhannya umat Islam masih lagi jauh ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi berbanding umat lain. Kita masih lagi tidak mampu untuk membangunkan teknologi sendiri bertitik tolak daripada keadaan akar budaya ilmu kita sendiri yang masih belum subur bertunas.
Sedangkan saintis-saintis Islam terdahulu banyak menghasilkan penemuan cemerlang dan terawal dan seterusnya menjadi asas kepada perkembangan bidang sains dan teknologi dewasa kini.
Ibn Haitham umpamanya digelar sebagai 'Bapa Optik Moden' atas sumbangan beliau dalam menghasilkan penyelidikan dan penemuan cemerlang terawal dalam bidang optik. Kini ilmu yang ditemui beliau menjadi asas kepada ilmu optik masa kini serta aplikasi teknologi yang dibangunkan.
Malahan, umat Islam itu sendiri seharusnya merupakan umat yang terbaik, seperti mana maksud firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110. Kemajuan kita, baik dalam pembangunan fizikal mahupun akhlak seharusnya menjadi tanda aras kepada umat-umat lain agar mereka mencontohi kita.
Justeru, remaja Islam hari ini perlu sedar bahawa harapan untuk memajukan umat Islam tergalas pada bahu mereka. Remaja Islam, yang masih mempunyai kudrat akal dan jasmani yang hebat, adalah diharapkan untuk terus menceburi bidang sains dan teknologi agar umat Islam kelak mampu memiliki kemandirian teknologi yang lebih jauh ke hadapan.
Apabila remaja memiliki jalur berfikir sedemikian, hal ini dapat membantu mencetuskan minat remaja untuk mendalami ilmu sains dan teknologi yang berasaskan kepada kesedaran tentang maju mundur umat Islam hari ini.
Kini negara kita sudah mampu untuk menghantar angkasawan sendiri ke ruang angkasa dengan bantuan teknologi negara rakan kongsi. Adalah diharapkan kelak kita dapat membina roket serta kapal angkasa sendiri untuk menghantar angkasawan kita meneroka alam angkasa atas kapasiti teknologi yang kita miliki sendiri.
Kesimpulan
Kemandirian teknologi yang diharapkan memerlukan upaya berfikir secara saintifik, kreatif dan inovatif. Sistem pendidikan yang menyerapkan kemahiran berfikir yang diperlukan bakal menghasilkan para saintis dan jurutera yang kemudiannya berkebolehan membangunkan teknologi menurut acuan sendiri.
Kemandirian teknologi yang berpaut kepada akar budaya, bahasa dan agama kita sendiri akan mampu mewujudkan masyarakat berteknologi yang masih utuh jati dirinya serta unik dan unggul khazanah ilmunya.
Di pos oleh Arbain

Khamis, 23 Februari 2012

apa kata Nik Aziz......??????


February 22, 2012
KUALA LUMPUR, 22 Feb — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan menambah terserah kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terima atau tidak pendirian parti Islam itu.Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Nik Aziz berkata, beliau berpandangan bahawa Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin.“Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine.“Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat,” katanya yang mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi semalam.
Sehubungan itu kata Nik Aziz (gambar), beliau yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.Kata Menteri Besar Kelantan ini, PAS sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama tidak mengiktiraf kewujudan Israel menambah terserah kepada Anwar sama ada mahu menerima pendirian parti Islam itu.“Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin.“Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram,” katanya.Minggu lalu, Nik Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJNik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.Bagaimanapun Anwar selepas pertemuan semalam berkata  beliau tidak akan menyaman WSJ berhubung kenyataannya menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel kerana laporan itu adalah tepat.“Kenapa saya perlu saman WSJ? Mereka letak perkataan ‘contingent’ (tertakluk pada syarat) dalam laporan itu,” katanya menambah Nik Aziz memahami penjelasan mengenai isu Israel itu.