JATI - Gerakan martabatkan umat
JATI bakal menjadi platform umat Islam dan Melayu bagi membentuk jatidiri ke arah kemantapan Akidah, Syariah dan Akhlak berlandaskan konsep Islam, Melayu dan Raja (IMR).
Demikian antara intipati ucapan Pera...smian Pengasas Badan Bukan Kerajaan itu Dato Dr. Hasan Mohamed Ali, di Majlis yang berlangsung di Majlis Pelancaran dan Perasmian Penubuhan JATI di Shah Alam Convention Center.
Turut hadir pada Majlis tersebut beberapa tokoh akademik termasuklah Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria.See more
JATI bakal menjadi platform umat Islam dan Melayu bagi membentuk jatidiri ke arah kemantapan Akidah, Syariah dan Akhlak berlandaskan konsep Islam, Melayu dan Raja (IMR).
Demikian antara intipati ucapan Pera...smian Pengasas Badan Bukan Kerajaan itu Dato Dr. Hasan Mohamed Ali, di Majlis yang berlangsung di Majlis Pelancaran dan Perasmian Penubuhan JATI di Shah Alam Convention Center.
Turut hadir pada Majlis tersebut beberapa tokoh akademik termasuklah Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria.See more
SHAH ALAM, 21 FEB : Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan bahawa pertubuhan itu tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi apatah lagi kepentingan peribadi.
Jelas beliau, NGO itu ditubuhkan dengan matlamat mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja (IMR) di negara ini.
"Agenda tersembunyi maknanya bukan hanya untuk memajukan kaum Melayu sahaja dan meminggirkan Cina serta India. Kita Islam dan Islam mementingkan keadilan sejagat. Islam tidak mengizinkan kita mengenepikan sesama manusia. Tiada agenda tersembunyi" katanya lagi dalam sidang media selepas pelancaran NGO tersebut di Shah Alam hari ini.
Hasan berkata, JATI berperanan memberi impak kepada perpaduan umat islam dan melayu demi menyelamatkan menyelamatkan moral, agama dan bangsa Melayu tanpa meminggirkan bangsa dan agama lain.
JATI juga katanya mempunyai cara dan kaedah tersendiri bagi membantu kerajaan menyelesaikan beberapa masalah yang timbul di negara ini dengan berpaksikan Islam sebagai agama rasmi negara.
Beliau turut menyatakan bahawa, JATI tidak terlibat dengan mana-mana parti politik, namun tidak menghalang mana-mana ahli untuk terlibat dalam politik dengan tidak menggunakan medium JATI sebagai wadah mereka untuk berpolitik.
"Jati sebagai pertubuhan bukan kerjaaan atau NGO tidak akan terlibat dalam politik. Tetapi ahli-ahli JATI boleh terlibat dalam politik tetapi tidak membawa JATI dalam politik"
"Tentang masa depan politik Malaysia, sifat saya bekal Exco dan ahli pas serta individu politik, walaupun saya tidak berpolitik tapi saya individu politik. Saya tidak menggunakan politik atas nama JATI dan mengguna JATI atas nama politik" katanya.
Bekas exco agama kerajaan negeri Selangor itu juga menolak dakwaan bahawa Jati bersifat perkauman.
Hasan juga menjelaskan bagaimana keteguhan IMR mampu membawa Malaysia ke ambang kejayaan tanpa perlu risau tentang unsur perkauman.
Dalam pada itu, Senator Ezam Mohd Nor yang hadir pada pelancaran JATI tidak menolak kemungkinan akan menyertai NGO berkenaan.
Beliau berpendapat, JATI merupakan medium yang mampu membawa hak dan kepentingan orang melayu serta isntitusi Raja di Malaysia.
"Apa yang diperjuangkan JATI asas agama, melayu dan institusi Raja. MAlah asas negara kita juga. Saya sebagai ahli dewan negara, rakyat Malaysia mengalu-alukan kehadiran Jati khususnya ada kelompok yang ingin merosakkan dan memadamkan apa yang telah dibina. Ini inisiatif positif yang dilakukan oleh Datuk Hasan. Saya akan bersama-sama dengan cita-cita dan aspirasi JATI," tambahnya.
Sehingga kini pertubuhan ini telah mempunyai kira-kira 1,000 ahli yang berdaftar.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Jati, Datuk Aidid Ghazali dan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
PANDANGAN MASYARAKAT TENTANG DATO' DR HASSAN ALI TENTANG PENUBUHAAN JATI
BalasPadamCara perjuangannya menampakkan suatu perjuangan yang mempunyai pembelaan nasib orang melayu , Agama dan Institusi raja-Raja Melayu.
Tetapi dilihatjuga beliau mempunyai agenda tersendiri setelah beliau dilucutkan jawatan EXCO dan keahlian PAS.
Sokongan yang diberi oleh masyarakat setiap kali beliau memberi ceramah umum mungkin kerana atas dasar pembelaan terhadap bangsa melayu memperjuangkan Agama dan kedaulatan Raja-Raja melayu.