Jumaat, 18 Mei 2012



Arab Saudi siasat Bersih 3.0
metra.mohamed@utusan.com.my">


SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai demonstrasi haram bersih di Masjid Nabawi di Madinah, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 1 Mei - Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan sedang menjalankan siasatan terhadap penganjuran Bersih 3.0 yang diadakan di Mekah dan Madinah oleh aktivis-aktivis perhimpunan haram itu baru-baru ini.
Perkara itu didedahkan sebuah laman blog iaitu sel13.com yang mendakwa agensi risikan Arab Saudi telah mendapat maklumat penglibatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang ‘berkiblatkan’ Yahudi dalam penganjuran Bersih di lokasi berkenaan.
Dakwa blog tersebut, kebanyakan mereka yang mengaku sebagai aktivis Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah itu terdiri daripada penuntut-penuntut Malaysia yang mengikuti pengajian Islam tajaan kerajaan Arab Saudi serta rakyat Malaysia yang sedang menunaikan umrah.
‘‘Segala bukti-bukti kukuh dari segi gambar-gambar yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang disebar melalui Internet kini telah berada di tangan pihak berkuasa Arab Saudi.
‘‘Berdasarkan perkembangan itu, kemungkinan besar semua penuntut Malaysia terbabit dan mereka yang mendapat tajaan kerajaan Arab Saudi akan dikenakan tindakan sewajarnya. Bagi yang bukan penuntut tajaan pula, mereka mungkin dikenakan tindakan lain termasuk diusir keluar dari Arab Saudi.
‘‘Kes itu bakal menimbulkan masalah kepada hubungan baik Malaysia-Arab Saudi. Ia boleh memberi kesan kepada kuota jemaah haji dan boleh menyebabkan rakyat Malaysia yang hendak memasuki Arab Saudi akan disaring dengan ketat,’’ dakwa blog itu.
Blog terbabit mendakwa, pihak kedutaan Malaysia di Arab Saudi juga difahamkan telah dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan lanjut selain para penaja penuntut tersebut.
‘‘Seperti yang kita semua maklum, dua pelancaran Bersih 3.0 telah diadakan oleh aktivis-aktivis perhimpunan itu di Mekah dan Madinah pada 26 April lalu.
‘‘Tujuan pertemuan adalah bagi melahirkan sokongan terhadap objektif perhimpunan Bersih 3.0 di Malaysia dan kononnya sebagai keprihatinan rakyat Malaysia di Arab Saudi bagi memastikan keadilan dalam pilihan raya tidak terhenti di Malaysia sahaja,’’ dakwanya.
Dakwa blog itu, pelancaran Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah telah disempurnakan oleh beberapa pemimpin sebuah parti politik tanah air dengan peserta perhimpunan memakai baju berwarna kuning.
‘‘Antara beberapa isu-isu yang diucapkannya adalah perkembangan politik semasa di Malaysia, isu rasuah, keperluan bagi semua rakyat Malaysia menyokong Bersih 3.0 serta berjihad secara demokrasi ala Islam sebagai satu cara memperolehi keadilan yang sebenarnya,’’ dakwanya.





KES RASUAH GUAN ENG

PULAU PINANG,  17 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menjalankan siasatan terhadap pendedahan Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang cuba merasuahnya supaya tidak meninggalkan parti itu seperti yang dilaporkan media.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata apa yang dilaporkan itu adalah suatu yang serius dan pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan mengenai perkara itu dan mengambil tindakan kerana perkara itu membabit pemimpin negeri.

“Ini sesuatu yang serius, perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan, SPRM perlu mengambil tindakan, dan saya diberitahu ada pihak sudah membuat laporan polis, saya berharap siasatan ini dijalankan segera kerana membabitkan pemimpin besar.



“Dalam perkara ini, Guan Eng harus meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, perbuatan yang cuba dilakukan kepada Tunku Abdul Aziz sungguh memalukan, beliau tidak layak untuk menjadi Ketua Menteri,” katanya kepada UMNO-Online hari ini.

Menurutnya, sebelum ini Guan Eng sering menuduh UMNO dan Barisan Nasional melakukan rasuah tetapi sebaliknya yang berlaku berbeza dengan apa yang diperkatakan iaitu bahawa kerajaan pimpinan DAP adalah sebuah kerajaan yang berintergriti dan bersih daripada rasuah.

“Ini yang dikatakan pemimpin yang pandai bercakap tetapi tidak mampu melaksanakannya, malah diri sendiri sanggup melakukan perbuatan itu hanya untuk kepentingan politik, ini adalah perbuatan mereka yang terdesak.

“Jika benar apa yang dikatakan Tunku Abdul Aziz, tindakan Guan Eng itu adalah untuk memastikan Tungku Abdul Aziz terus berada dalam DAP, tujuannya adalah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu kerana Guan Eng pernah menyatakan bahawa beliau tidak risau dengan sokongan pengundi bukan Melayu di Pulau Pinang terhadap DAP dan pembangkang,” katanya.





Zabariah yang juga Adun Bertam berkata tindakan Guan Eng itu menunjukkan pembangkang di Pulau Pinang terutamanya DAP merasa tidak selamat sehingga terpaksa melakukan apa sahaja termasuk membeli pemimpin yang boleh menguatkan sokongan pengundi kepada mereka.

Menurutnya, jika perkara sebegini berlaku kepada UMNO dan Barisan Nasional, sudah pasti pemimpin pembangkang akan membuat pelbagai kenyataan yang mengesa pihak berkuasa mengambil tindakan, tetapi sehingga kini tiada suara yang didengari daripada mereka mengenai perkara itu.

“Ini wajah pembangkang yang sebenar, bukan sahaja pandai membuat janji malah mereka ini hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu melaksanakan, jelaslah apa yang berlaku itu menunjukkan betapa kotornya perjalanan politik pembangkang yang begitu terdesak untuk berkuasa,” katanya. -MediaUMNO

Sumber: http://assassincyber.blogspot.com/#ixzz1vCZl6LYG 
Under Creative Commons License:
 Attribution