Arab Saudi siasat Bersih 3.0
metra.mohamed@utusan.com.my">
SEBAHAGIAN daripada
peserta yang menyertai demonstrasi haram bersih di Masjid Nabawi di Madinah,
baru-baru ini.
KUALA
LUMPUR 1 Mei - Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan sedang menjalankan siasatan
terhadap penganjuran Bersih 3.0 yang diadakan di Mekah dan Madinah oleh
aktivis-aktivis perhimpunan haram itu baru-baru ini.
Perkara
itu didedahkan sebuah laman blog iaitu sel13.com yang mendakwa agensi risikan
Arab Saudi telah mendapat maklumat penglibatan beberapa pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) antarabangsa yang ‘berkiblatkan’ Yahudi dalam penganjuran Bersih
di lokasi berkenaan.
Dakwa
blog tersebut, kebanyakan mereka yang mengaku sebagai aktivis Bersih 3.0 di
Mekah dan Madinah itu terdiri daripada penuntut-penuntut Malaysia yang
mengikuti pengajian Islam tajaan kerajaan Arab Saudi serta rakyat Malaysia yang
sedang menunaikan umrah.
‘‘Segala
bukti-bukti kukuh dari segi gambar-gambar yang dirakam melalui kamera litar
tertutup (CCTV) yang disebar melalui Internet kini telah berada di tangan pihak
berkuasa Arab Saudi.
‘‘Berdasarkan
perkembangan itu, kemungkinan besar semua penuntut Malaysia terbabit dan mereka
yang mendapat tajaan kerajaan Arab Saudi akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Bagi yang bukan penuntut tajaan pula, mereka mungkin dikenakan tindakan lain
termasuk diusir keluar dari Arab Saudi.
‘‘Kes
itu bakal menimbulkan masalah kepada hubungan baik Malaysia-Arab Saudi. Ia
boleh memberi kesan kepada kuota jemaah haji dan boleh menyebabkan rakyat
Malaysia yang hendak memasuki Arab Saudi akan disaring dengan ketat,’’ dakwa
blog itu.
Blog
terbabit mendakwa, pihak kedutaan Malaysia di Arab Saudi juga difahamkan telah
dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan lanjut selain para penaja penuntut
tersebut.
‘‘Seperti
yang kita semua maklum, dua pelancaran Bersih 3.0 telah diadakan oleh
aktivis-aktivis perhimpunan itu di Mekah dan Madinah pada 26 April lalu.
‘‘Tujuan
pertemuan adalah bagi melahirkan sokongan terhadap objektif perhimpunan Bersih
3.0 di Malaysia dan kononnya sebagai keprihatinan rakyat Malaysia di Arab Saudi
bagi memastikan keadilan dalam pilihan raya tidak terhenti di Malaysia
sahaja,’’ dakwanya.
Dakwa
blog itu, pelancaran Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah telah disempurnakan oleh
beberapa pemimpin sebuah parti politik tanah air dengan peserta perhimpunan
memakai baju berwarna kuning.
‘‘Antara
beberapa isu-isu yang diucapkannya adalah perkembangan politik semasa di
Malaysia, isu rasuah, keperluan bagi semua rakyat Malaysia menyokong Bersih 3.0
serta berjihad secara demokrasi ala Islam sebagai satu cara memperolehi
keadilan yang sebenarnya,’’ dakwanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan