Khamis, 11 April 2013





 


 


Menarik hari ini Waktu Solat Laporan Cuaca Berita Utama

  
PILIHAN RAYA

ARKIB : 04/04/2013
PRU-13: Manifesto BN dilancarkan Sabtu ini
Oleh HASNURUL MOHAMED
KUALA LUMPUR 4 April - Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Manifesto Barisan Nasional akan dilancarkan pada Sabtu ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Beliau berkata, manifesto itu adalah aku janji BN kepada rakyat dan akan digunakan mengikut kesesuaian di peringkat-peringkat negeri.
"Manifesto BN mahu dihayati dan difahami rakyat. Dalam tempoh empat tahun kita berjanji dan tepati. Manifesto itu adalah lambang dan janji kita kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan dua mesyuarat iaitu Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Najib berkata, Manifesto Pusat (BN) akan memberi ruang kepada manifesto negeri-negeri mengikut keperluan.
Beliau juga berkata, BN senitasa bersikap optimistik menang besar dan akan meminimumkan masalah dalaman parti selepas pengumuman calon-calon yang bertanding.
"Soal nama-nama calon yang akan bertanding tidak boleh diumumkan sekarang. Biarlah ada elemen kejutan. Cuma nama calon akan diumum lebih awal supaya calon boleh memperkenalkan diri dan membuat persiapan.
"Pada keseluruhannya persediaan (menghadapi pilihan raya) adalah cukup baik. Persiapan jentera BN amat tinggi dan sedia untuk turun gelanggang,"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan