PRU13: Manifesto BN Lebih Realistik – Ada Masuk, Ada Keluar
April 9, 2013 ·
PAKATAN nampaknya sibuk benar
dengan dakwaan Manifesto BN meniru idea mereka. Dah mana ceruk Anwar
masuk berceramah, itu jugaklah yang disebut dan diulang tayang.
Walhal, banyak bukti menunjukkan,
idea itu semua kerajaan BN yang mulakan dulu, depa hanya tiru dan ubah suai,
tapi buat pekak saja. Hari ini, anak ikan dia pun main wayang sama,
Manifesto BN hanya 14 % yang ori, lain semua tiru Pakatan.
Eh, boleh jalanlah, siapa nak percaya?
Puas le mikir apa untung dapat dari
dakwaan siapa tiru siapa ni? Apa
dengan mengatakan sedemikian Rafizi hebat ke? Pakatan hebat
ke? Nak canang dengan siapa yang ‘hebat-hebat’ tu semua?
Sedarlah sikit, Pakatan tu
pertubuhan haram, apa pun janji, manifesto (bukan janji), tawaran dan
sebagainya, tidak boleh dipakai sebab dibuat oleh pertubuhan yang tidak
berdaftar.
Lagipun, Manifesto Pakatan
kehilangan satu komponen penting – mana
nak dikorek duit untuk biaya semua ‘tawaran’ dalam manifesto tersebut?
At least, manifesto
BN ada juga sebut pelaburan masuk
RM 1.3 trillion sebagai antara punca pendapatan kerajaan untuk tampung
AKU JANJI yang dilancarkan itu, Pakatan ada?
Kurang-kurang, dari pelaburan RM
1.3 trillion itu, banyak manfaat ekonomi yang boleh diperolehi kerajaan dan
Negara. Peluang pekerjaan untuk rakyat pun akan berterusan dan bertambah
dengan adanya pelaburan asing yang tinggi itu.
Dan ini hanya satu punca, ada lagi
punca-punca lain yang boleh diusahakan kerajaan untuk menampung AKU JANJI untuk
pilihanraya umum akan datang ini.
Yang manifesto Pakatan, apa punca
masuk wang untuk biaya tawaran semua tu?
Balik-balik yang disebut
mengurangkan ketirisan dalam urus tadbir kewangan Negara berjumlah RM 49
billion. Percayalah, perkataan itu dan angka itu Rafizi main agak saja,
bukan berdasarkan maklumat kewangan yang sebenar.
Tapi masih lagi, perkara tersebut
(mengurangkan ketirisan) tidak disebut dalam Manifesto Pakatan.
Pendek kata, manifesto bukan janji
Pakatan hanya bercerita yang sedap di dengar telinga saja – duit keluar.
Duit masuknya tak cerita pulak. Bila kita kata manifesto mereka boleh
bankrapkan Negara, tahu pulak marah, tapi memang itulah hakikatnya pun.
Kalau dah duit keluar saja,
masuknya takde, apa lagi yang sesuai nak digambarkan situasi kewangan yang
semacam ini, kalau bukan menjerumuskan Negara kepada kebankrapan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan