Khamis, 11 April 2013


Manifesto BN Vs PR:Tiru Atau Tidak, Yg Penting BN Berdaftar
April 7, 2013   ·  
MACAM biasalah, bila saja BN keluar manifesto, parti-parti dalam pakatan haram ini akan cuba mencari elemen-elemen dalam manifesto tersebut yang boleh dijadikan modal untuk mengatakan BN tiru mereka.
Dan sememangnya bukan isu manifesto ini saja, dalam bajet pun begitu juga.  Sebab itulah apa-apa pun, Pakatan buat pembentangan dulu supaya dia boleh dakwa BN meniru idea mereka, kononnya.
So, boleh gebang dengan rakyatlah yang depa hebat sebab BN pun tiru idea mereka juga.  Eh, boleh jalanlah, siapa tiru idea kau?
Manifesto BN ini bukan manifesto tangkap muat.  Ini manifesto yang telah diselidik dengan teliti, mengambil kira kemampuan kewangan negara yang sebenarnya.  Lagipun, seperti yang disebutkan Perdana Menteri semalam, Manifesto BN berpijak di bumi yang nyata, bukan di awang-awangan macam Manifesto Pakatan.
Yang puak-puak ini tak sedar, dialah yang banyak tiru idea BN, cuma ubah suai mana patut saja.  Contoh, BN bagi subsidi minyak, mereka turunkan harga minyak (masih minyak juga), BN bagi pinjaman PTPTN, mereka hapuskan (masih PTPTN juga), BN bina lebuhraya dan kenakan tol, mereka hapuskan tol (masih tol juga), mana dianya idea mereka sendiri?
Terbaru, tiba-tiba wanita Pakatan Rakyat umum 3 instentif kewangan ad-hoc berjumlah RM 600 dan RM 1,00o untuk kaum wanita yang tidak wujud pun dalam manifesto mereka sebelum ini, sebab nak menyaingi aku janji BN untuk wanita semalam.
Nampak?
Tapi yang lebih utama, aku janji BN yang dilancarkan dalam bentuk manifesto semalam adalah akujanji yang boleh dipakai dan dipercayai rakyat sebab BN adalah pertubuhan berdaftar dan bertanding dalam pilihanraya besok menggunakan lambang yang sama.
Pakatan ini berdaftar ka?  Bodoh saja kalau sesiapa percaya dengan ‘tawaran’ mereka sebab benda itu dibuat oleh pihak yang realitinya tak wujud!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan